Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yg lembut, basah mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yg sentiasa mensyukuri nikmat-Mu, serta badan yg ringan menyempurnakan keta'atan kpd perintah-Mu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yg sempurna, hati yg khusyuk, ilmu yg berguna, keyakinan yg benar2 mantap. Ya Allah, Kurniakanlah kami cara hidup yg jitu dan unggul, selamat dr segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon ya Allah, kecukupan yg tak sampai kami meminta jasa org lain. Berikanlah kami Ya Allah iman sebenarnya sehingga kami tidak lagi takut atau mengharapkan kpd org lain selain dr Engkau atau menyembah selain dari Engkau. Limpahkanlah rahmat-Mu keatas kami, keluarga serta anak-anak kami serta sesiapa saja yg bersama-sama kami. Jangn Ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau sekadar sekelip mata atau sekadar masa yg lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yg paling mudah dan cepat memperkenankan pinta, perkenankanlah. Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad saw, Nabi yg mulia, kpd keluarga baginda dan para sahabat baginda semuanya. amiin.. ya Rabbal 'alamiin..
Drpd Ibnu Umar katanya,Rasulullah SAW bersabda "Hendaklah engkau berada dlm dunia seolah2 engkau org yg berdagang atau org yg sdg melalui di jalan (Pengembara)."Rasulullah SAW bersabda lg "Jika engkau berada pd waktu ptg, maka jgnlah engkau menunggu waktu pagi, dan apbl engkau berada pd waktu pagi :maka jgnlah engkau menunggu waktu ptg. Dan gunakanlah masa sihat engkau utk masa sakit & masa hidup utk masa mati engkau"
~adik2ku yg comei..~
-------::bLoGGeRs::-------
[him =)]
[We]
[Aizat]
[Juena]
[Naya]
[Salwa]
[Zewen]
[Huda]
[PijaH]
[niza]
[DrKadiR]
[Sya]
[FadHLi]
[IbN IsMaIL]
[Muntalaq]
[USU]
[FariHaN]
[AzaM]
[Sakura izzati]
[Fitri]
[SokaI]
[SoFie]
[AbuBaKaR]
[ShaHiDaH]
[DayaH]
[Wardatul-Syauki]
[Ya Aish]
[anak singa]
[Akhi Zaki]
[Intan sofia]
[Alia]
[Aie]
[aini]
[saidatul]
-------::PerSoNaL LiNks::-------
MISSA
Bahtera Hati
MEU HoMe
MyUni
CliNicaL MeD
Medic OnLine
-------::FavouRite Sites::-------
Dakwah Info
PMRAM
HarakaH DaiLy
RauDhah
RaDio TarBiYYaH
IsLaM WaY
PaLesTiNeKINI
Fiqh Prioritas
IsLamSoFt
Dr Yusof Qardhawi
-------::FavouRite ThiNgs::-------
Bidadari Besi 1
BidadaRi BeSi 2
ZiONisT
BaHaSa AraB
UsMed SiRaH
Fun WiTh Arabic
QuRaN reciter
Fikrah Islamiyah
|
|
|
 |
|
Wednesday, September 05, 2007
Allahumma balighna Ramadhan..amiin..
Sungguh aku rindui Ramadhan.. Allahumma balighna Ramadhan.. amiin..
Posted at 11:37 pm by m.u.j.a.h.i.d.a.h
Permalink
Friday, August 31, 2007
Mungkin wajar aku tanyakan diriku,
adakah aku sudah merdeka, adakah aku sudah merdeka hati dan minda, merdeka jiwa dan jasad, merdeka harta dan nyawa, merdeka emosi dan perasaan..
Mungkin wajar aku tanyakan diriku,
Bila aku mahu ungkapkan merdeka, adakah aku sendiri sudah memerdekakan diriku, seperti kekasih Allah, Rasulullah saw memerdekakan the pagan, sebagaimana sahabat2 memerdekakan diri mereka dr jahiliyyah dan terus berpegang kepada Islam, sehingga nyawa diragut satu persatu.. Sebagaimana mereka memerdekakan harta dan jiwa, untuk berada pada satu jalan yg pasti, jalan jauh yg pasti menemui destinasi.
Mungkin wajar aku tanyakan pada diriku,
Adakah aku sudah merdeka, jika aku masih menaruh harapan pada manusia, jika aku masih terus menerus alpa dan leka, jika aku masih mengharapkan org yg memberi, tanpa aku sendiri juga menerima dan memberi, jika aku tak sanggup kehilangan nyawa dan harta, jika aku tak sanggup mengorbankan masa dan kesenangan, untuk satu perjalanan yg panjang dan sukar.. untuk perjalanan yang pasti sampai ke destinasi, satu perjalanan yg telah di janjikan.
Mungkin wajar aku juga tanyakan pada kamu dan dia,
Adakah mahu bersama-sama denganku, untuk mencari kemerdekaan yg pasti, yg tidak mungkin ditindas kembali, dari luar dan dalam, yang memberi kemuliaan, yang memberi ketinggian, yang memberi 'izzah kebanggaan, yang bukan celupan dan lakonan, yang bukan hanya sekadar perayaan.
Mari aku tanyakan lagi diriku, dirimu dan dirinya, melalui kalam Tuhanku,
"wahai orang-orang yg beriman! Mahukan kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat yg baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung" 61:10-12
Posted at 09:45 am by m.u.j.a.h.i.d.a.h
Permalink
Sunday, August 19, 2007
Wahai muslim yang mempunyai mata, Tidakkah kamu lihat kanak-kanak kecil itu Tidak tahu apa-apa tentang dirinya sendiri Telinganya tidak mengerti maksud lagu yg diperdengarkan kepadanya Dia hanya bisa merengek dan meronta-ronta Alam ini menolong manusia utk melihat segala sesuatu, Tetapi mereka tidak dapat melihat dirinya sendiri Setelah bersusah payah menarik tali, barulah nyata kepadanya Setelah kedua belah tangannya membuka ikatan Lalu matanya melihat dirinya berpekik, Sambil menepuk dadanya dan dia berkata: " inilah aku! " 'Aku' itulah bermulanya hidup Inilah bahasa kebangkitan untuk kembalinya hidup ini..
(Diwan al-Asrar wa al-Rumuz: Iqbal)
Posted at 07:17 pm by m.u.j.a.h.i.d.a.h
Permalink
Samar-samar cahaya berbalam di hujung kota. seorang kanak-kanak kecil bermata bulat terpinga2 memandang dari jauh. duduknya di tepi deretan kedai hanya menimbulkan sesak mata yg melihat. dia sendiri asyik memandang cahaya dari jauh. seakan-akan memanggil-manggil. Dia sendiri buntu dan keliru. Keliru kenapa dia disitu dan apakah tujuan dia dibiarkan di situ. apakah yg harus dilakukannya. Dia mengedip-ngedip mata membasuh habuk di dlmnya. masyarakat yg lalu lalang berlalu tanpa menghiraukan kanak-kanak itu. perlahan-lahan dia berjalan. di halang di kiri dan kanan. 'kamu cuma perlu duduk di situ' kata org yg berlalu di tepi. Tapi hatinya kuat mahu ke cahaya itu. mungkin di situ ada jawapan. jawapan yg sudah lama dicari, cuma tidak ada cahaya yg menyoroti, menunjuki jalan yg pasti. jalan bengkang bengkok kelihatannya senang dan terang. mungkin hanya kerana cahaya itu. org ramai-ramai sudah tidak dipedulikan lagi. 'aku harus kesitu'. digagahkan kakinya yg tak berkasut. pedih tatkala hujung batu tertusuk ke tapak kaki. langkah dan langkah lagi. tidak sanggup dia terus begitu. semua ini mesti ada sebabnya. hatinya bermonolog lagi. sudah lama dia tidur di tepian, sudah lama dia hanya menjadi sekadar perhiasan jalan, sudah lama hidup tanpa tujuan. sudah lama. semakin dekat kepada cahaya itu.. dia berjalan dan berjalan. balam-balam cahaya sedikit terang.. semakin terang.. berpinar mata sikecil. si kecil berjalan lagi.. dia sudah tidak peduli, kini dia benar mengerti. masa lalunya dihabiskan dalam kegelapan. dia malas melangkah ke arah cahaya yg sedikit ini. itu dulu. kini dia sudah bosan hidup dalam angan-angan. angan-angan bermain pelangi di waktu hujan. Dia sudah mengerti kini. si kecil tadi, sudah menyedari hakikat dirinya.. pedih dikaki kebas dan hilang. terasa dirinya di penuhi sinar. dipeluknya kemas. tidak mahu dia dilepaskan dari cahaya itu. dia mahu terus di situ.. untuk selama-lamanya.. 'alangkah indah andai dari dahulu lagi aku sudah mula melangkah begini' detik hati kecilnya. dia tahu kini, satu perjalanan, bermula dari saat kakinya mula melangkah.
:: Mujahidahislam 190807 6.16pm ::
Posted at 06:51 pm by m.u.j.a.h.i.d.a.h
Permalink
Monday, August 13, 2007
Sanggupkah aku mengeluh, bilamana datang sedikit kesusahan, yg menarik-narik kenikmatan, yg menampar nafsu, Yg terasa sesak dan menyesakkan, sedangkan aku masih boleh berdiri dan berjalan, melihat dan mendengar..
Sanggupkah aku mengeluh, Bilamana datang waktu sibuk yg membuat dadaku terhimpit, dunia seolah-olah begitu sempit, sedangkan aku masih boleh bernafas, berbicara dan merasa.
Sanggupkah aku mengeluh, Bilamana sedikit nikmat keseronokan di tarik, nafsu merasakan dunia begitu kosong utknya, lubuk hati merintih menggigil menahan, sedangkan aku masih mempunyai al-Quran untuk ditadabbur, masih mempunyai sunnah utk diikut, masih mempunyai contoh tauladan.
sanggupkah aku mengeluh, Bilamana sedikit ujian datang melanda, sehingga tidak ada lagi tempat utk aku lari, sehingga termengah-mengah kepenatan, bercucuran airmata menahan sedih dan hiba, bertanya-tanya kenapa ujian ini menimpa, sedangkan aku masih ada ISLAM.
Aku masih ada Allah swt dan Rasulullah saw. aku masih mempunyai sahabat perjuangan, dunia bukan milikku selamanya.. tidakkah sanggup dunia menjadi milik mereka dan akhirat menjadi milik kita? sedangkan hidup akhirat yg abadi.. dan syurga adalah kenikmatan hakiki.. sedangkan yg aku ingini adalah syurga tertinggi. tempat para kekasih Allah, anbiya' dan syuhada'.. amiin.. izinkan aku menghidu baunya.. izinkan aku mengecapi rasanya.. air-air madu.. sungai2 yg mengalir.. berkumpul di atas dipan-dipan. Izinkan kami ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahiim.. amiin..
- mujahidah islam - 130807 8.45pm
Posted at 09:41 pm by m.u.j.a.h.i.d.a.h
Permalink
Saturday, August 04, 2007
1. Ya Allah, rezekikanlah kami dengan kesempatan membaca Al Quran pada waktu siang dan malam.
2. Ya Allah, kurniakan kami waktu yang barakah, moga kami sentiasa berkesempatan untuk menjadi golongan yang berbakti untuk deen Mu.
3. Ya Allah, kurniakan kami hati yang tenang, khusyuk, bersih, iaitu selamat dari penyakit2 hati yang menjadi hijab antara kami dan Engkau.
4. Ya Allah, berikan kami teman yang baik, yang mampu membawa kami lebih hampir kepadaMu, dan mampu membantu kami untuk menyucikanMu, membesarkanMu, serta mengingatiMu.
5. Ya Allah, cukupkanlah bagi kami apa yang halal, sehingga kami tidak mencari-cari sumber yang haram.
6. Ya Allah, lindungilah kami dari hasutan dan bisikan iblis serta syaitan, dan teguhkan kami melawan nafsu yang jahat.
7. Ya Allah, kurniakan kami kekuatan untuk berjuang di jalan agamaMu, tidak kira di mana kami berada, tidak kira dengan siapa kami bersama, tidak kira sama ada waktu susah atau senang.
8. Ya Allah, kejutkan lah kami pada 1/3 malam, atau 2/3 malam, moga kami dapat bertahajjud, kerana itu sumber kekuatan
Amiin.. ya Rabbal 'alamiin..
Posted at 10:47 pm by m.u.j.a.h.i.d.a.h
Permalink
Tuesday, July 31, 2007
Posted at 10:30 pm by m.u.j.a.h.i.d.a.h
Permalink
Thursday, July 26, 2007
 Sebuah novel pembangun jiwa. Sila lihat cerita ini di ---->
http://www.mediamuslim.com/Software/Novel_Ayat_Ayat_Cinta.pdf
Posted at 11:02 pm by m.u.j.a.h.i.d.a.h
Permalink
Sunday, July 22, 2007
 ]
Posted at 08:30 am by m.u.j.a.h.i.d.a.h
Permalink
|
|
|