<body> <center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank'><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center>>
Photobucket - Video and Image Hosting





Bismillahirrahmanirrahim..

NaMe: Siti Nor Suzeana Mustfar
Location: Australia
HomeTowN: KuaLa Terengganu
BestDaY: 16 DEC 1983
CuRRenT Job: Part Time Student,Full Time hamba Allah
InTeResTs: IslaM, SiRah Rasulullah, Ukhuwah Fillah, Tafsir Quran, Arabic, Swimming, reading, blogging, Perjuangan






<< December 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yg lembut, basah mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yg sentiasa mensyukuri nikmat-Mu, serta badan yg ringan menyempurnakan keta'atan kpd perintah-Mu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yg sempurna, hati yg khusyuk, ilmu yg berguna, keyakinan yg benar2 mantap. Ya Allah, Kurniakanlah kami cara hidup yg jitu dan unggul, selamat dr segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon ya Allah, kecukupan yg tak sampai kami meminta jasa org lain. Berikanlah kami Ya Allah iman sebenarnya sehingga kami tidak lagi takut atau mengharapkan kpd org lain selain dr Engkau atau menyembah selain dari Engkau. Limpahkanlah rahmat-Mu keatas kami, keluarga serta anak-anak kami serta sesiapa saja yg bersama-sama kami. Jangn Ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau sekadar sekelip mata atau sekadar masa yg lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yg paling mudah dan cepat memperkenankan pinta, perkenankanlah. Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad saw, Nabi yg mulia, kpd keluarga baginda dan para sahabat baginda semuanya. amiin.. ya Rabbal 'alamiin..




Drpd Ibnu Umar katanya,Rasulullah SAW bersabda "Hendaklah engkau berada dlm dunia seolah2 engkau org yg berdagang atau org yg sdg melalui di jalan (Pengembara)."Rasulullah SAW bersabda lg "Jika engkau berada pd waktu ptg, maka jgnlah engkau menunggu waktu pagi, dan apbl engkau berada pd waktu pagi :maka jgnlah engkau menunggu waktu ptg. Dan gunakanlah masa sihat engkau utk masa sakit & masa hidup utk masa mati engkau"



~adik2ku yg comei..~



-------::bLoGGeRs::-------

[him =)] [We] [Aizat] [Juena] [Naya] [Salwa] [Zewen] [Huda] [PijaH] [niza] [DrKadiR] [Sya] [FadHLi] [IbN IsMaIL] [Muntalaq] [USU] [FariHaN] [AzaM] [Sakura izzati] [Fitri] [SokaI] [SoFie] [AbuBaKaR] [ShaHiDaH] [DayaH] [Wardatul-Syauki] [Ya Aish] [anak singa] [Akhi Zaki] [Intan sofia] [Alia] [Aie] [aini] [saidatul]
-------::PerSoNaL LiNks::-------

MISSA
Bahtera Hati
MEU HoMe
MyUni
CliNicaL MeD
Medic OnLine

-------::FavouRite Sites::-------

Dakwah Info
PMRAM
HarakaH DaiLy
RauDhah
RaDio TarBiYYaH
IsLaM WaY
PaLesTiNeKINI
Fiqh Prioritas
IsLamSoFt
Dr Yusof Qardhawi
-------::FavouRite ThiNgs::-------

Bidadari Besi 1
BidadaRi BeSi 2
ZiONisT
BaHaSa AraB
UsMed SiRaH
Fun WiTh Arabic
QuRaN reciter
Fikrah Islamiyah





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, February 18, 2008
Langkah Drastik


Mungkin berita ini dah lama ditunggu oleh sesetengah org.
Tapi bg diri sy sendiri, amatlah susah utk membuat keputusan drastik ini.
Setelah sudah lebih kurang 5 tahun berkecimpung dlm blogdrive, kali ini, hati amat-amatlah tertolak dan tertarik utk menukar ke blog lain.
walaupun dah berkali-kali sebenarnya, niat utk berpindah dan berhijrah ke blog lain datang, namun kerana hati amat sayang akan blog ini, perpindahan sebenarnya tak berlaku. walaupun, di blogspot, wordpress, multiply, sudah ada akaun2 menunggu, namun tidak pernah di update kerana sayangkan blog ini..

Setelah berfikir dan berfikir, mungkin ini adalah masa yg sesuai utk membuat perubahan besar. Semoga keputusan ini diberkati oleh Allah, iA..
Anggap saja ini satu hijrah dari yg lama kepada yg baru, yg jahil kepada yg tahu.

Oleh itu, dgn lafaz bismillahirrahmanirrahim, sy mengumumkan, blog baru yg akan digunakan selepas ini, adalah ----> http://miftahunnajah.wordpress.com
Blog tersebut masih dlm construction, iA akan di update soon.
sy masih akan still update blog ini kalau ada keperluan, tapi selebihnya akan ke blog tersebut. jazakumullah..


Posted at 07:19 am by m.u.j.a.h.i.d.a.h
(2)org dah komen  

Monday, February 04, 2008
Satu lagi permulaan

Bismillahirrahmanirrahim..

Kembali lagi ke alam blogging. Dah lama tak update blog diatas perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa yg tak dapat di elakkan.

Smoga Allah menjadikan satu lagi permulaan ini sebagai satu permulaan yg baik yg akan membawa kepada pengakhiran yg baik di sisi Allah, amiin. Smoga Allah hidupkan semangat jihad dan perjuangan di hati sy dan jugak di hati pembaca (kalau ada org baca ^_^ ) yg mungkin selama ini pernah menjadi hampir kering, gersang atau mati. kerana sesungguhnya, pengakhiran yg baik adalah baik org2 yg bertaqwa.

InsyaAllah akan di update lagi blog ini di lain hari. ini cuma muqaddimah utk blog in bagi tahun ini, iA. Terasa lain pulak kali ini, entah kenapa. menulis dari tinta individu yg sama namun dari kacamata yg berbeza, mungkin. (mungkin sebab baru tukar kacamata balik mesia harituh ^_* )

Wassalam.


Posted at 01:07 pm by m.u.j.a.h.i.d.a.h
(5)org dah komen  

Tuesday, November 20, 2007
Jemputan Rasmi

Assalamualaikum wbt..
Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah sy panjatkan
Dengan sukacitanya saya ingin menjemput
sahabat-sahabat ke Majlis Kesyukuran Perkahwinan
Saya seperti di bawah :



Sila Layari Web Walimatuna untuk melihat Jemputan rasmi ini.
Jazakumullah khairan kathira.



Posted at 06:16 pm by m.u.j.a.h.i.d.a.h
(1)org dah komen  

Monday, November 05, 2007
usaha &Tawakkal


Posted at 04:02 pm by m.u.j.a.h.i.d.a.h
iqra' waktub  

Thursday, November 01, 2007
what I need is strength..


Posted at 09:57 pm by m.u.j.a.h.i.d.a.h
iqra' waktub  

Sunday, October 28, 2007
Menyusun sebuah kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah sebulan berhenti dari berkecimpung dlm bidang blogging, dah takde ayat nak tulis dlm blog ni. kalau ditutup je, ok ke?
(sila beri pandangan anda).
Exam juga dah hampir tiba. ada dua minggu lagi nak exam. baru je abis exam OSCE end of rotation.. 3 osce station yg menakutkan, sbb dah lama tak osce camtuh. alhamdulillah, pape pun, asal lulus. nak kata excellent, xde pulak. tapi yg penting, iA smoga pape je, yg terbaik iA..

Rasanya sy dah start shock exam.. so otak freez seketika. So mmg rasanya cam takde drive nak study. xrasa cuwak langsung, itulah sebenarnya yg mencuwakkan sy di kala ini.. I know that I work best during stress.

Tapi insyaAllah stress is coming.. i'm just waiting for it. or try to find it. Actly ada juga drive nak study. sbb study ni satu ibadah. Sy tanak jadi fitnah utk Islam. so kene study hard kan kan?

Hari ini, 11.43am 28 October 2007, sy rasa seperti sensitif.
huhu pelik tapi sy amat sensitif hari ini. sekejap rasa sedih, sekejap rasa nak marah, sekejap plak rasa blurr.. sekejap tak rasa pape. blurr la tuh kan.
mungkin hanya syndrome kurang-daya-tahan-exam. or syndrome tak-sure-kenapa.
mungkin kan?

So give me a break from sensitivity, amiin.

Wassalam

Posted at 09:49 am by m.u.j.a.h.i.d.a.h
(11)org dah komen  

Sunday, September 30, 2007
Madrasah Ramadhan


Alhamdulillah.. kita sudah sampai di pertengahan Ramadhan. Sudah hampir kita ke malam ke-10 yg terakhir.. dan hampir juga kita kepada penghujung Ramadhan. Alangkah indah kalau Ramadhan ini tidak berakhir.. dengan menuju matlamat ketaqwaan di penghujung Ramadhan, Allah menjanjikan syurga buat hamba-Nya yg menghidupkan bulan Ramadhan ini..

"Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

"Umatku diberikan lima perkara di bulan Ramadhan dan tidak pernah pemberian itu diberikan kepada umat sebelumku . Sesungguhnya Allah mengarahkan syurgaNya dan berkata: "Bersedialah dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka sudah hampir meninggalkan keletihan dunia menuju kerehatan di rumahKu dan menuju kemuliaanKu." (Riwayat Baihaqi)


Alangkah ruginya kalau kita tidak menyahut peluang utk menghidupkan bulan Ramadhan ini dgn meningkatkan amal ibadat, meninggalkan perkara-perkara Lagho dan meninggalkan perbuatan2 yang mungkar.

"Seorang penyeru langit akan berseru pada setiap malam sehingga ke waktu fajar: "Wahai pencari kebaikan! Bergembiralah. Wahai pencari kejahatan! Menjauhlah. Adakah sesiapa yang meminta ampun!? Allah akan mengampunkannya. Adakah sesiapa yang bertaubat!? Allah akan menerima taubatnya. Adalah sesiapa yang ingin memohon!? Allah akan mengabulkan permohonannya. Adakah sesiapa yang meminta!? Allah akan memperkenankan permintaannya." (Riwayat Baihaqi)

Syaitan juga telah di rantai. pintu syurga terbuka luas dan pintu neraka tertutup rapat.

"Apabila tiba Ramadhan, akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dirantai." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Matlamat utama berpuasa dibulan Ramadhan adalah utk menghasil dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan terus menerus mengekalkan sifat ketaqwaan di bulan2 lain. Keluar pula persoalan apakah itu ketaqwaan?

Omar bin Abdul Aziz berkata: "Taqwa kepada Allah tidak diukur dengan puasa di siang hari, qiam di malamnya atau gabungan kedua-duanya. Tetapi taqwa kepada Allah adalah dengan menunaikan segala kefardhuan dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah. Sesiapa yang dikurniakan taqwa selepas itu, maka dia berada di kebaikan dan menuju ke kebaikan."

Semoga madrasah Ramadhan memberikan impak yg tinggi dlm diri kita dan supaya kita mencapai sifat taqwa kepada Allah di bulan ini dan diteruskan kebulan2 yg lain, amiin.

Teringat satu peristiwa pada ketika yg tak berapa lama, di satu tempat. Pernah ada seorang lelaki berkata:
"sorry i'm not fasting, are you fasting? " soalan yg tak sempat sy jawab bila di terus menerus meneguk air di botolnya. Timbul persoalan yg pelik, kenapa? padahal dia menggelarkan dirinya muslim. Tidak segan silu makan dan minum dihadapan sy.. soalan yg mungkin tidak akan ada jawapan.

Teringat juga peristiwa yg lebih lama sedikit dr peristiwa di atas. bilamana sy bertanya dimana surau kepada seorang lelaki yang sy rasa muslim menurut nama yg dibawanya. Kata-katanya menyentap hati nurani:
" I'm sorry, I know because of my name you thought that I'm a Muslim, but actually, I'm not religious.." kata-kata yg sebijik yg masih melekat di ingatan sy..dan kalau ditambah lagi dengan perbualan-perbualan seterusnya dihari-hari seterusnya, makin timbul persoalan demi persoalan.. kenapa? Sehinggalah dia pergi dr episode sehari-hari sy ke tempat lain.

Jauh di sudut hati, sy rasa sedih dan kesal. kenapa hati dan akal yg diberi Allah tidak digunakan utk berfikir.. kecerdikan dan kebijakan, kewarasan fikiran tidak digunakan utk mentafsir kehidupan. alangkah ruginya!

Madarasah Ramadhan kali ini juga menjadi satu madrasah tarbiyyah kesabaran kpd kita. Satu pagi, ketika sy sudah lega menyiapkan projek research proposal di malamnya, bersedia utk mem'print'. Lalu berlakulah sesuatu yg tidak dijangka, waktu itu 7.30 pagi. sy telah ter'save' file lama ke atas file baru yg telah diedit semalam.. dan telah menghantar file tersebut juga kepada supervisor utk di 'check'..
Dengan file baru yg sudah tidak ada.. sy cuma ada masa 7.30- 8.10 or 8.40 utk menyiapkan kembali proposal tu sebab appointment dengan supervisor adalah pada pukul 9 dan utk menghantar file baru kepada supervisor. Dengan kelam kabut menyiapkannya, hati tidak habis habis berdoa kepada Allah. merintih. berkali-kali sy mengingatkan diri, apa yg berlaku adalah yg terbaik dan telah ditakdirkan oleh Allah kepada sy dan akan ada hikmahnya insyaAllah.
    
Setelah siap, berlari-lari mengejar bas 125 yg tidak muncul-muncul. akhirnya sy terus berlari ke bus stop 104 utk menunggu bas disitu pula. 'mungkin bas ini lebih cepat' hati  kecil berbisik. sabar menanti tapi bas tidak pula muncul, padahal sudah 4 bas melalui jalan bas 125 tadi. huhu.. -_- redha- redha.. hati berbisik lagi. bila jam berdetik pukul 9, bas masih tidak muncul. lalu supervisor dikontek dan ALHAMDULILLAH.. dia berkata 'don't worry, I'll be here '. Bila bas muncul, berlalulah gelisah hati sy.

 Tiba-tiba di satu jalan, bas tersebut telah mengalami accident dengan sebuah lori trailer panjang. Tersentak sy dari lamunan. ALHAMDULILLAH tidak ada apa-apa yg teruk, cuma side mirror yg telah terpelanting ditambah dengan cermin pecah dibahagian tepi, driver mengambil masa 15 minit utk menguruskan isu-isu yg timbul.. sekali lagi sy igtkan diri sendiri yg ini semua adalah yg terbaik yg telah ditakdirkan Allah.. dan sesungguhnya sy sedang berpuasa.. bersabarlah! Dan disitulah berakhir sebuah mainan perasaan sehinggalah berjumpe supervisor, dan di semak, dibetulkan, diprint dan dihantar.. seperti satu bebanan besar yg ditarik dr diri.
ALHAMDULILLAH.. berakhir perjuangan menyiapakn proposal..

Dengan itu, marilah kita sama-sama usaha meninggalkan Madrasah Ramadhan ini dengan membawa hasilnya. supaya kita tidak menjadi seorang yg rugi, insyaAllah.

"Sesungguhnya Jibril menyatakan kepadaku: "Jauhlah sesiapa yang hidup di bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosanya." Lalu aku mengatakan: "Amin." (Riwayat al-Hakim)


Wallahua'lam.  Artikel Ramadhan yg best boleh dibaca di blog Ustaz Muhammad Fauzi
http://satuperkongsian.wordpress.com/




Posted at 02:05 pm by m.u.j.a.h.i.d.a.h
(2)org dah komen  

Friday, September 28, 2007
Menanti.. dan merindu


Kini aku rindu menanti.
rindu menanti lailatul qadr..

Allahumma balighna lailatul qadr, amiin..



Posted at 06:36 pm by m.u.j.a.h.i.d.a.h
iqra' waktub  

Saturday, September 22, 2007
Terasa..


Tahu
aku tahu ini tugasku..
tapi...



mengapa rasa seperti ditinggalkan..
jiwa seakan meronta-ronta...
mahu melakukan apa yg org lain lakukan..
tak mahu aku tanyakan mengapa..
kerana jawapannya pasti
sudah pasti












biar gelap atau menekan..
aku tetap mahu dijalanku..
bersama-sama kamu


jgn tinggalkan aku.. -_-
aku seakan tidak terdaya lagi.. tiada jalan utk melencong..
seakan mahu aku lepas semua, kerana aku mahu bersama..



tapi yg sebenarnya aku mmg bersama..
aku mmg bersama..
Ya Allah.. berikan aku kesabaran.. dan kekuatan.
sungguh jalanMu, jln yg aku ingin berada di dlmnya.. jln yg pasti sampai destinasi

seperti kanak-kanak aku terasa mahu terjun bermain air,
mahu berlari2 bermain riak,
mahu sama-sama jatuh tersepak batu..
tapi aku di atas batu, melihat dan berkongsi suka dan ketawa
hanya sekali sekala terjun namun tak sekerap..

ya Allah.. hanya Dia yg tahu bagaimana perasaan ini yg mahu ke sana..


Posted at 11:43 pm by m.u.j.a.h.i.d.a.h
(1)org dah komen  

Next Page